Wednesday, August 3, 2011

Kek Sarang Semut


Dear Tati,
I ada 2 resepi kek sarang semut. Satu pakai butter, lagi satu chepo version pakai minyak masak. Nak buat kek ni tricky jugak tau, kadang2 jadi, kadang2 tak. All depends on the quality of your gula hangus and cara you fold the gula hangus into the flour.  I suka buat chepo version laa sbb dulu2 bila teringin nak makan, butter pulak takde and malas betul nak start enjin kereta nak pergi Giant. Kang bukan butter jer aku beli . . . berpeket2 plastik pulak bawak balik. So below I boh resepi yang pakai minyak dulu ye. Version chepo nie dibakar.

Bahan-bahan :

4 biji telur
1 cawan air
1 cawan gula
1 cawan tepung
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil soda bikarnbonat
sedikit esen vanila (half or 1 teaspoon)


Cara buat:
1. Gula & air dijadikan gula hangus, kemudian sejukan
2. Telur dipukul sehingga kembang kemudian masukan minyak, susu, gula hangus, serta esen vanila
3. Masukan tepung, fold in gently sehingga sebati, selepas itu tapis ke dalam loyang yang bergris/ atau alas dgn kertas minyak
4. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45-60 minit, atau sehingga boh lidi tengah2 n tarik, lidi kering.

Yang bawah nie pulak, versi orang kaya (sbb pakai butter) and of course laa more rich (pakai susu manis laa etc), yg ni pulak version dikukus.


Bahan-bahannya :

7 biji telur
3 sudu makan butter
2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 cawan tepung gandum (Saya suka pakai tepung naik sendiri, sbb confirm naik)
1 tin (390g) susu manis

1 sudu makan bicarbonate of soda
1 sudu teh esen ros



Cara-caranya :

1. Hanguskan gula.
2. Kemudian masukkan air.
3. Selepas itu masukkan butter.
4. Biar hingga mendidih. Sejukkan.
5. Pukul telur hingga kembang.
6. Masukkan susu dan pukul lagi hingga rata.
7. Masukkan tepung dan bicarbonate of soda.
8. Kemudian masukkan gula hangus.
9. Pukul hingga rata.
10. Last sekali masukkan esen ros.
11. Tutup loyang adunan rapat2 dengan aluminium foil untuk mengelakkan air/wap kukusan masuk ke dalam adunan.
12. Kukus selama 1 1/2 jam.

No comments: