Tuesday, July 19, 2011

Red Velvet Cake

(Red Velvet Cake, moved from the original Blog Lovely Treats sbb Auntie lupa the password and user, haaa, ko ketawakan Auntie yea, Auntie pun ketawakan diri Auntie jugak, LOL!).

-----------------------------------------------------------------------------------
Jika korang dah baca post pasal buat butter, as promised to myself and Sophie, hari nie Auntie mesti buat Red Velvet Cake. Jika korang terasa korang dalam golongan INTI, for sure korang dah pergi kat Whisk yang kat Empire Subang Jaya tu lah.


Tapi kan rege cakenye memang vava-voom laa. 10 hengget lebih untuk satu potong. Korang bayangkan le kalau Auntie bawak satu family nie nak gi makan Red Velvet cake nie, belanja 50 hengget, tu baru cover cake aje, belum jadi campur kopi, teh dan jus. Jadi kalau ada family besar, dan suka makan besar, elok laa rajin-rajinkan diri ke dapur . . . Lagipun, there’s nothing like a good home cooked food!

Nie bahan-bahan untuk buat Red Velvet cake.


Bahan untuk cake:
2 1 / 2 cawan tepung gandum
1 / 2 sudu teh garam
1 sudu teh vanila ekstrak
1 cawan buttermilk (lihat Nota)
2 sudu makan koko
2 sudu besar pewarna makanan merah
1 cawan mentega, (keluarkan dulu dari peti sejuk to soften)
2 cawan gula
2 butir telur
1 1 / 2 sudu teh baking soda
1 sudu makan cuka epal atau cuka putih

Cara Membuat

Panaskan oven sampai 350 ° F (175° C). Griskan dua periuk bulat 9-inch cake tebal2 dengan butter, dan letak kertas minyak. (Auntie selalu suka letak butter, lepas tu lightly dust dengan tepung aje, sbb tak kose nak draw2 dan ukur kertas minyak tu). Selalunye Auntie delegate kerja-kerja mengris nie pada Sophie.

Ayak tepung + koko + garam

Siapkan tiga campuran berasingan untuk adunan: (1) Ayakkan tepung, serbuk koko, dan garam dalam sebuah mangkuk sedang untuk mencampur mereka bersama-sama dengan baik.


(2) Campurkan vanila (Auntie suka pakai vanila butter) ke dalam buttermilk. Boleh juga letak sedikit anggaran 1/4 sudu teh buttermilk essence kalau nak (tapi pada Auntie tak sedap laa buttermilk essense tu, ras alain daripada buttermilk sebenar, so omit laa). Campurkan pewarna makanan merah dan kacau untuk membuat pes yang pekat.



(3) Dalam mangkuk besar yang lain, kacau butter sampai lembut dan gebu. Kalau korang ada mixer, boleh laa masuk dalam mixer dalam 1 minit. Lepas tu, tambah gula, (Auntie suka pakai brown sugar) lalu kacau rata selama 3 hingga 4 minit, berhenti sekali-sekala untuk mengikis bawah mangkuk. Tambah telur, satu per satu, pukul kuat-kuat selepas masukan telur, setiap satu, sampai campuran berwarna krim dan naik gebu, halus.


Setelah itu campurkan adunan 1, dan 2 kedalam adunan 3 (butter + gula) sedikit-sedikit. Tambah sekitar sepertiga dari campuran tepung, dan kemudian sekitar setengah adunan buttermilk, ke dalam adunan 3 (butter +gula). Kemudian campur lagi sepertiga yang lain dari tepung, sisa buttermilk, seterusnya sampai laa habis, dan kemudian yang terakhir dari tepung dengan cara yang sama.

Dalam mangkuk kecil, gabungkan soda bikarbonat dan cuka, adun rata. Korang akan dengar bunyi Fizz! bila campurkan cuka dengan soda bikarbonat. Cepat-cepat gunakan sudu kayu atau spatula campurkan campuran ini sebagai campuran terakhir ke dalam adunan merah tu, Fold gently dalam adunan tepung yang dah kaler merah tu, ok.


Bakar pada suhu 175 ° C selama 30 hingga 45 minit, sampai bila korang cucuk lidi atau pisau, sisi pisau tu keluar kering dan takde liquid melekat-lekat.

Sejukkan kuih di atas redai kek selama 1 jam (sampai sejuk betul). Korang jangan cuba nak ice kek bila kek tengah panas tau, nanti habis krim cair.Sambil tunggu kek sejuk, jom kita buat krim.

Jom Kita Buat Krim Base Tepung


Bahan-bahan Untuk Krim

3 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh vanila

Campurkan kesemua adunan kedalam periuk. Masak campuran tersebut pada api kecil sampai jadi pekat. (Auntie pakai adunan x2 untuk saiz kek yang Auntie buat). Make sure korang jangan berhenti kacau. Kalau berhenti, nanti jadi lumpy. Adunan sebenar dia suruh letak 1 cawan gula pasir, tapi Auntie letak setengah aje, sbb tak suka manis.

Bila campuran dah pekat. Tutup api dan sejukan. Cepat-cepat letakan plastic wrap atas campuran nie supaya satu lapisan (film) tak timbul di permukaan. Adunan krim nie pun mesti sejuk sebelum korang nak ice the cake.

Sebenarnye ada macam-macam resepi icing untuk kek Red Velvet ni. Ada yang pakai cream cheese + marscapone cheese, letak pecan laa . . . korang try laa buat. . . Yg Auntie buat nie version orang tak cukup duit akhir bulan, haha! Tapi memang sedap lagi laa pakai cream cheese, tapi macam too rich laa pulak kan dengan butternye, heavy creamnye. . . dah le Auntie dah berbulan2 tak pergi gym. . .

Now the best part . . . constructing the cake. Auntie biarkan dulu kek dan krim tu sejuk dalam peti ais. Jadi dalam pukul 12 tengah hari baru Auntie start to ice the cake.


Best part about icing the cake is your cake don't have to be perfect.

Inilah hasilnya.


The Happy Customer: Sophie

No comments: